Saturday, October 1, 2011

today..

hari ni dalam sejarah..fist time la tempat aku keja nie bka lambat...lambat sangat la...ni lau HQ kL tau..knpom la bos kena marah.... patutnya tmpat aku keja ni buka jam10pgi...tpi tgu pnya tgu...smpai jam 12 bru la buka...pa lagi bos pn wat la muka masam dia...nak mara la tu..alasan dia..xda org gtau kdai x buka..huhuhu x logik ar...nak marah staff plak..huhuhu ...alamat blan ni gaji kena postpone la jwabnya... x adil..x adil... bos tlg la bgi gaji awal...sy nak ambik lesen ni..x ksian ka kat sya??? (^_^) ...jgn ikutkn mara tu..nnt cpt brtambah tua...gagaga

dalam masa tgu bos tdi..ada la "pilak" ni wat hal plak..mnta puji la tu...bertreep syak...lau nak maki2 tu jgn la wat kat dpn kmi (aku n kwn2)meluat ..menyampah..la sgt. eeeee...x tau malu la....p/s tuk meka ni..korg tu pmpuan ..buruk tul la d tguk! sekian saja tuk kli nie...

peace n no war!

Friday, September 30, 2011

rumah-rumah pelik

Rumahku syurga ku..walau macam mana jenis rumah pun yang kita tgal..tmpat tu msti jadi tmpat yg kita paling rindu dan sayangi..erm korg nak tak tgal kat rumah2 mcam kat bawah nie..lau Aque la..mmg nak try gak tgal kat tmpat cmni...




Berat giler budak nie..



Mesti korang pernah baca citer tentang bdak ni...kn kn kn...tpi xpa la..kita imbas kembali citer tntng bdak ni k...

NALCHIK - Berat badan seorang kanak-kanak Rusia, Dzhambik Khatokhov
yang berusia sembilan tahun ialah 146 kilogram, lapor sebuah akhbar
semalam.
Dia dipercayai menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia dan menggunakan kasut bersaiz lapan yang menyamai saiz dewasa.
Khatokhov yang turut dikenali sebagai Jambik sangat meminati sukan
sumo malah bercita-cita mahu mewakili Rusia untuk memenangi pingat emas
di Olimpik.
Namun, seorang doktor Britain, Ian Campbell menyatakan bahawa
kesihatan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan yang membimbangkan
kerana dia mungkin menghidap penyakit kencing manis dan jantung.
Ibu kanak-kanak itu, Nelya, 42, yang merupakan seorang jururawat
dengan gaji £150 (RM878) sebulan berkata: "Dia membesar dengan saiz
badan yang besar dan ukuran yang tinggi. Apa yang boleh saya lakukan?
Itulah dirinya dan Tuhan telah menjadikannya."
Pada usia tiga tahun, Jambik mengamalkan diet bubur nasi dan ais krim tetapi beratnya meningkat sebanyak 50 kilogram.
Menurut ibunya, Jambik selesa dengan keadaan dirinya itu.
Jambik kini giat melakukan latihan sumo lima hari seminggu selain
berenang berkata: "Saya mahu menjadi ahli sukan bila dewasa kelak dan
memenangi kejuaraan dalam sukan Olimpik. Saya suka jadi kuat."
Jurulatihnya, Khasan Teusvazhukov, 48, menghadapi masalah untuk mencari pasangan lawan yang seusia Jambik. - Agensi

Super Junior(슈퍼주니어) _ No Other(너 같은 사람 또 없어) _ MusicVideo

Thursday, September 29, 2011

Rahsia Disebalik Dahi

"pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak 'test power!'"

Tentu kamu cukup 'familiar' dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan 'dahi licin' dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu!
Bahayakan... . Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit.

Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?


Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni
mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi
usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!


Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam
apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar
mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.


Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan
sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu
'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan
sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan
mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

so korg plak cmna???

Sunday, August 21, 2011

Long times not See..

hari ni setelah beberapa tahun..dapat jgak buka blog nie balik..huhu ..lama giler x buka...
yang sebenarnya (bkn lagu yuna) ...aku trbuka ati nak buka blog nie balik cz aQ trbaca entry kat blog kwn aku...crita ttg hidup dia...kisah2 kmi...dan crita tu wat aQ rasa rugi la org yg xda memori dan kisah2 hidup yg indah untuk d kenang..tpi kata org pahit dan manis tu satu memori yg mewarnakan prjalanan hidup kita... thanks to my friend yg membuatkan aku mgimbas memori lama...TQ.