Friday, September 30, 2011

Berat giler budak nie..



Mesti korang pernah baca citer tentang bdak ni...kn kn kn...tpi xpa la..kita imbas kembali citer tntng bdak ni k...

NALCHIK - Berat badan seorang kanak-kanak Rusia, Dzhambik Khatokhov
yang berusia sembilan tahun ialah 146 kilogram, lapor sebuah akhbar
semalam.
Dia dipercayai menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia dan menggunakan kasut bersaiz lapan yang menyamai saiz dewasa.
Khatokhov yang turut dikenali sebagai Jambik sangat meminati sukan
sumo malah bercita-cita mahu mewakili Rusia untuk memenangi pingat emas
di Olimpik.
Namun, seorang doktor Britain, Ian Campbell menyatakan bahawa
kesihatan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan yang membimbangkan
kerana dia mungkin menghidap penyakit kencing manis dan jantung.
Ibu kanak-kanak itu, Nelya, 42, yang merupakan seorang jururawat
dengan gaji £150 (RM878) sebulan berkata: "Dia membesar dengan saiz
badan yang besar dan ukuran yang tinggi. Apa yang boleh saya lakukan?
Itulah dirinya dan Tuhan telah menjadikannya."
Pada usia tiga tahun, Jambik mengamalkan diet bubur nasi dan ais krim tetapi beratnya meningkat sebanyak 50 kilogram.
Menurut ibunya, Jambik selesa dengan keadaan dirinya itu.
Jambik kini giat melakukan latihan sumo lima hari seminggu selain
berenang berkata: "Saya mahu menjadi ahli sukan bila dewasa kelak dan
memenangi kejuaraan dalam sukan Olimpik. Saya suka jadi kuat."
Jurulatihnya, Khasan Teusvazhukov, 48, menghadapi masalah untuk mencari pasangan lawan yang seusia Jambik. - Agensi

No comments:

Post a Comment